Sabtu, 26 November 2011

Dana khas NSTP bantu bayi arteri terbalik

Kami kongsikan berita terbaru kanak-kanak memerlukan sumbangan untuk pembedahan arterinya yang terbalik

KUALA LUMPUR: Dalam usaha membantu golongan memerlukan, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mengadakan dana khas mulai semalam menerusi Tabung Am NSTP bagi membantu bayi berusia 50 hari yang mengalami masalah jantung iaitu arteri terbalik.

Eksekutif Unit Kebajikan Kewangan NSTP, Aidah Nordin yang hadir sebagai wakil NSTP di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC) berkata, bayi, Siti Fatimah Omar menjalani pembedahan, jam 10.30 pagi hari ini. “Pembedahan seharusnya dilakukan ketika bayi berusia sebulan, tetapi disebabkan faktor kewangan, ia dilakukan sedikit lewat dan agak berisiko,” katanya.


Menurutnya, pihaknya akan mencuba sedaya upaya membantu bayi itu yang kos pembedahannya sebanyak RM45,000.

Siti Fatimah anak kepada pasangan Myanmar, Omar Shah Nazir, 30, dan Yasmin Md Husein, 23, yang menetap di Johor Bahru selama tujuh tahun.


Menurut Omar, anaknya dikesan menghidap masalah jantung sejurus lahir dan menjalani pembedahan menebuk lubang pada saluran arterinya di Hospital Sultanah Aminah (HSAJB), Johor Bahru, ketika berusia tujuh hari.


“Jika anak saya tidak menjalani pembedahan itu, dia mungkin sudah tak ada dan saya tidak mahu kehilangannya,” katanya.

Omar yang kehilangan anak pertama sejurus lahir berharap kali ini dia dan isteri mampu membesarkan bayi mereka dengan sihat.


Mereka yang ingin membantu boleh menghulurkan bantuan kepada Tabung Am NSTP dan berhubung dengan Unit Kebajikan Kewangan NSTP di Balai Berita NSTP, Jalan Riong, Bangsar.

0 Responses to “Dana khas NSTP bantu bayi arteri terbalik”

Catat Ulasan