Sabtu, 26 November 2011

perkara menarik Lend a Helping Hand 2011

SAya nak kongsikan beberapa berita terkini berkaitan projek Lend a Helping Hand 2011

pertama, kemunculan en Esa atau m.esa.ro dari blog terra-nusa.blogspot.com
Tapi kami sangat bertuah sebab en Esa berminat dan sukarela menawarkan tangan untuk membantu sesi kami
jadi kami jemput En Esa untuk bagi talk.
Beliau berminat nak bercakap berkaitan motivasi dan mindset.

Perkara ke2, jualan buku amal
Kami sangat gembira apabila AbangEnsem bersetuju untuk membuat jualan amal ebook beliau.
Umum tahu kehebatan AE kan
dan kawan2 poun tahu AE ada menulis ebook dan menjualnya di blog beliau
Tapi kali ni, duit jualan ebook yang dilakukan pada hari tersebut akan disalurkan ke tabung ini juga
alhamdulillah..
so kawan-kawan yang datang sesi ni nanti, bawak lah duit lebih sikit ye selain duit tambang lrt atau duit isi minyak kereta anda
sebab senang nak beli ebook AE

perkara ke3, penaja ruang iklan
kami sangat bertuah sebab berjaya mendapatan penaja untuk ruang pengiklanan
Blog http://catatandarideutschland.blogspot.com dan blog http://www.matjoe.com bersetuju untuk menaja ruang pengiklanan untuk tujuan promosi
tapi setakat ini iklan dan banner kat blog matjoe belum naik lagi sebab saya belum sempat siapkan artikelnya

perkara terakhir untuk diumumkan hari ini adalah
pihak tabung kebajikan NSTP sudi datang untuk penyerahan cek sumbangan itu nanti
mereka juga akan sediakan slide untuk sedikit pengisian acara penutup nanti
saya juga perlu maklumkan kepada mereka berapa jumlah kutipan beberapa hari sebelum sesi ini berlangsung
wah... terima kasih!

jadi kawan2, mana yang dah register tapi belum buat bayaran, saya harap dapat buat bayaran segera
sebab duit tu lah yang akan saya kumpul sebagai sumbangan
setakat ini dah ada 10 orang yang mendaftar tapi baru sorang yang buat bayaran.

dan bagi yang belum mendaftar, saya seru marilah datang beramai2
kita berjumpa, kita belajar ilmu pelaburan hartanah dan kita menderma untuk mereka yg kurang bernasib baik di luar sana

untuk mendaftar, isi sahaja borang ini
kemudian kami akan hubungi untuk cara pembayaran
kemudian boleh lah kawan2 buat bayaran seperti yang dinyatakan nanti




berita terkini: sumbangan diperlukan untuk seorang bayi yang mengalami masalah bayi terbalik
bayi berumur 50 hari bernama Siti Fatimah memerlukan rm 45K untuk pembedahannya
boleh baca artikel penuhnya di sini




marilah kawan2...
kalau anda boleh bayar duit deposit rumah sampai 10K, 15K
boleh juga kena tipu sebab beli rumah tanpa ilmu sampai hangus 1k - 5K
apalah sangat rm88 untuk kita sumbangkan kepada mereka

harap kita akan berjumpa nanti

Dana khas NSTP bantu bayi arteri terbalik

Kami kongsikan berita terbaru kanak-kanak memerlukan sumbangan untuk pembedahan arterinya yang terbalik

KUALA LUMPUR: Dalam usaha membantu golongan memerlukan, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mengadakan dana khas mulai semalam menerusi Tabung Am NSTP bagi membantu bayi berusia 50 hari yang mengalami masalah jantung iaitu arteri terbalik.

Eksekutif Unit Kebajikan Kewangan NSTP, Aidah Nordin yang hadir sebagai wakil NSTP di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC) berkata, bayi, Siti Fatimah Omar menjalani pembedahan, jam 10.30 pagi hari ini. “Pembedahan seharusnya dilakukan ketika bayi berusia sebulan, tetapi disebabkan faktor kewangan, ia dilakukan sedikit lewat dan agak berisiko,” katanya.


Menurutnya, pihaknya akan mencuba sedaya upaya membantu bayi itu yang kos pembedahannya sebanyak RM45,000.

Siti Fatimah anak kepada pasangan Myanmar, Omar Shah Nazir, 30, dan Yasmin Md Husein, 23, yang menetap di Johor Bahru selama tujuh tahun.


Menurut Omar, anaknya dikesan menghidap masalah jantung sejurus lahir dan menjalani pembedahan menebuk lubang pada saluran arterinya di Hospital Sultanah Aminah (HSAJB), Johor Bahru, ketika berusia tujuh hari.


“Jika anak saya tidak menjalani pembedahan itu, dia mungkin sudah tak ada dan saya tidak mahu kehilangannya,” katanya.

Omar yang kehilangan anak pertama sejurus lahir berharap kali ini dia dan isteri mampu membesarkan bayi mereka dengan sihat.


Mereka yang ingin membantu boleh menghulurkan bantuan kepada Tabung Am NSTP dan berhubung dengan Unit Kebajikan Kewangan NSTP di Balai Berita NSTP, Jalan Riong, Bangsar.

Rabu, 16 November 2011

Lend a Helping Hand 2011


Masih kabur dengan matlamat pelaburan hartanah anda?

Masih kurang jelas apakah yang patut dan tidak patut anda lakukan di dalam pelaburan hartanah anda?


Jika jawapan anda YA, nanti dulu


Sedarkah anda bahawa ada ramai orang yang kurang bernasib baik di sekitar kita?

Sedarkah kita bahawa asas di dalam pencarian kekayaan adalah berkongsi dengan orang lain?

Sedarkah anda bahawa sebesar atau sekecil mana rezeki, ilmu dan bakat yang anda ada boleh digunakan untuk membantu dan mengubah nasib orang lain?


Jika jawapan anda YA..


Marilah bersama2 kami di Property N Co.
Mari berkongs dan menimba ilmu sambil menderma.


Kami di Property N Co akan menganjurkan satu sesi pendek Property Talk for Charity.
Bertemakan Lending a Helping Hand 2011 atau Hulurkan Tangan Ringankan Beban merupakan hajat kami di Property N Co untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan golongan yang sangat memerlukan bantuan kewangan dari kita semua.

Kerana setiap rezeki, bakat dan ilmu dan kita ada sememangnya akan lebih berharga apabila ia dikongsikan dan digunakan untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan.

Sesi 9.00 pagi - 1.00 tghari pada 17 Disember 2011.

Wang yuran sangat berpatutan. Wang ini akan kami tolak kos operasi sahaja spt sewa tempat, refreshment dan pembelian alatulis atau kos fotostat yang diperlukan. Selebihnya akan terus disalurkan untuk kebajikan.
Pihak yang akan menerima sumbangan ini adalah Tabung Kebajikan New Straits Time Press atau Tabung Kebajikan NSTP.

Untuk pengetahuan kawan2, Tabung ini merupakan satu tabung yang aktif membantu rakyat malaysia yang memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan penyakit kronik, kos pembedahan atau bagi pembelian alat bantuan seperti kaki palsu, kerusi roda dsb.
Penerima bantuan merata dari mana2 negeri di Malaysia, bukan hanya di KL.

SAya pasti anda biasa terbaca berita mereka memerluan bantuan di surat khabar Berita Harian, New Straits Times atau Harian Metro kan..
berita2 ini pasti akan meminta anda yang ingin menderma untuk menghantar wang pos atau cek di atas nama Tabung ini.

Penceramah adalah Rohaniah Noor, Siti Farazila dan Nicole Ong, iaitu founder Property N Co dan seorang penceramah jemputan iaitu En Esa atau lebih dikenalli sebagai m.esa.ro, penceramah, trainer dan blogger hartanah di http://terra-nusa.blogspot.com/. Terima kasih banyak2 di atas kesudian beliau berkongsi pengalaman nanti.

Topik yang akan disampaikan di dalam sesi ini adalah seperti:
- What is your number?
- What is your vision?
- 8 things you should avoid when buying properties
- 8 things you should know about insuring your properties
serta sesi Q&A bebas untuk anda bertanya soalan2 kemusykilan.

Jadi, marilah sertai kami.
Isikan maklumat peribadi anda di dalam form ini:


Untuk sesi setengah hari yang penuh informasi ini, sumbangan anda hanyalah RM 88 sahaja.
Wang ini akan ditolak kos operasi seminar, dan selebihnya disalurkan ke Tabung Kebajikan NST.

Ada satu perkara lagi,
Abangensem juga telah bermurah hati untuk membuat jualan amal ebook beliau pada hari tersebut.
wang jualan ebook ini akan turut disalurkan ke Tabung Kebajikan NSTP ini juga.
(Terima kasih AE)

Jadi saya mengajak rakan2 untuk turut sama menyokong kami menjadikan charity event ini satu kejayaan.
Dengan hanya RM88, kita dapat sama-sama berkenalan, berkongsi ilmu dan seterusnya melakukan sesuatu untuk membantu pesakit-pesakit kronik dan mereka yang memerlukan bantuan kewangan ini.

jika berminat, mari sama-sama isikan maklumat peribadi anda di dalam di bawah form ini:


Terima kasih.

Dari kami,

Team Property N Co